‘Kedai kat mana ni, banyak sup dia’ – Pelanggan teruskan makan walaupun kedai dah naik air

Beberapa kawasan di Lembah Klang dinaiki air lewat petang semalam hingga menyebabkan beberapa kawasan perumahan dan jalan terjejas. Nampak gaya air banjir kali ini tak mematahkan semangat para peniaga untuk terus membuka kedai makan mereka.

Satu video dimuat naik pengguna TikTok menunjukkan pelanggan yang berada di kedai makan tetap tenang menikmati makanan mereka walaupun air sudah berada di paras betis.

Bukan hanya kedai makan, malah kedai motor disebelahnya tetap menerima kunjungan pelanggan lain.

Kreatif, buka kedai dalam sungai

Netizen sempat berseloroh tengah tuan kedai yang kretaif kerana buka kedai dalam sungai. Malah ada yang cakap kalau nak tambah sup ambil sahaja daripada bawah.

“Kreatif betul owner buat restoran dalam sungai, ini dapat menarik pelancong untuk datang ke Malaysia,” komen Mar.

“Okay la tu bang atleast kalau sup kosong habis tak payah susah-susah panggil orang tu. Ambil je kt bawah,” komen salah seorang pengguna.

komen mengenai kedai tersebut

komen mengenai kedai tersebut

Baca Juga: [VIDEO] Sikap ramah Neelofa dan PU Riz layan pekerja McD, disenangi ramai

Baca Juga: Tabah urus anak lumpuh berbelas tahun akibat penyakit saraf otak