Satu video tular menunjukkan seorang lelaki yang bertindak kejam dengan mengheret wanita dan memukulnya sambil dilihat kanak-kanak perempuan yang tak henti menangis di tepinya.
Lelaki tersebut dipercayai bekas suami kepada penyanyi dangdut popular dan wanita itu disyaki isteri barunya. Kejadian itu dirakam seorang individu sebelum dimuat naik di media sosial sehingga tular semalam.
Video berdurasi satu minit tujuh saat itu memaparkan lelaki berambut panjang menarik tudung wanita berkenaan sebelum mangsa di heret dan di tendang berkali-kali di muka serta badan lapor Harian Metro.
Rakaman tersebut turut memperlihat seorang kanak-kanak perempuan menangis sambil mengangkat tangan sebagai tanda memohon maaf kepada lelaki berkenaan.
Sementara itu, individu yang memuat naik video berkenaan berkata, laporan polis sudah dibuat dan mangsa kini mengalami trauma.
“Dia (mangsa) dengan anak akan dikurung di rumah, jika tersilap akan dipukul. Saya yang muat naik video itu.
“Wanita bertudung yang dalam video itu adalah orang gaji yang turut di bantai (pukul) lelaki terbabit.”
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan ketika dihubungi hari ini, mengesahkan kejadian dan telah membuka kertas siasatan serta tindakan lanjut sedang diambil.
Baca Juga: PRU-15: Pengundi positif COVID-19 perlu lapor dalam MySejahtera, dapatkan garis panduan mengundi
Baca Juga: 19 November menobatkan Anwar Ibrahim PM10