Keluarkan oksigen dan bakteria, netizen tak jadi sedih Azal buang angin dalam video

Beri alasan keluarkan oksigen dan bakteria selepas terbuang angin semasa berbual pasal kehidupan dengan ibunya, telatah Azal mencuit hati para netizen. Zarina Zainuddin sedang leka berbual mengenai situasi apabila dia sudah tiada kelak.

Pelakon, Zarina berkongsi sebuah rakaman video sedih di mana dia sedang berbual bersama anak istimewanya, Azal mengenai hari yang mendatang sekiranya dia sudah tiada lagi.

Pastinya si ibu sebak bila mengenangkan siapa yang akan menjaga dua anak istimewa apabila dia sudah tiada. Azal juga hanya terdiam apabila diajukan soalan sebegitu.

“Kalau satu hari nanti ibu tak ada dalam dunia ni, ibu dah meninggal dunia macam mana Azal? Apa yang saya muat naik itu semua bukan konten semata-mata.”

Ketika yang menonton sudah mula menitiskan air mata, Azal menyebabkan air mata netizen hilang pula sebab terbuang angin. Apabila ditanya mengapa dia kentut, dia hanya menjawab ada oksigen dan bakteria.

@sugehresort

Tiada kata yang nak digambarkan.. luluh hati tengok azal 😭😭 #fyp #trending #percutian #sugehresort

♬ original sound – Sugeh Resort – Sugeh Resort

Sayang abang walaupun selalu mengamuk

Sebelum situasi kelakar tersbut berlaku, Azal sempat meluahkan rasa sayang terhadap abang kembarnya, Azil walaupun dia tidak tahan dengan perangai kembarnya yang selalu mengamuk.

Komen Netizen

“Lepas ini tak nak panggil kentut la, nak cakap, standby semua! Nak keluarkan oksigen dan bakteria kejap,” komen Adeed.

“Aku ni nak bersedih, Azal kacaukan dengan kentut dia. Tak jadi sedihlah aku,” komen  Asri.

“Terhanyut dalam kesedihan kemudia tenggelam dalam oksigen dan bakteria penonton,” komen An.

“Baru acik faham acik pun kentut sebab ada oksigen dan bakteria. Azal oh Azal,” komen pengguna Instagram.

Anak istimewa ini pemikirannya tak sama dengan kita, adakala mereka lebih bijak dalam meluahkan apa yang mereka mahukan tanpa merasa segan.

Baca Juga: Adakah aku ahli neraka, netizen terkejut makan ubat sakit dikira haram oleh Ustazah Afifah

Baca Juga: ‘Ada orang habaq kononnya kerajaan Anwar tidak ada keabsahan moral’