‘Kembar’ Mira Filzah ditemui di TikTok, netizen doakan wanita ini dapat peluang berlakon

  • Post author:

Nampak sama tapi bukan dia, seorang wanita menjadi tular di laman sosial baru-baru ini apabila mukanya dikatakan mirip pelakon, Mira Filzah.

Menggunakan teknologi terkini seperti media sosial, tidak dinafikan ramai individu menjumpai ‘kembar’ mereka menerusi platform dalam talian itu.

Terbaharu, dalam perkongsian tular di laman Tiktok yang dimuat naik @shyaziry, kelihatan seorang wanita melakukan ‘trend’ video lagu terbaru daripada Alyph berjudul Swipe.

Namun apa yang mencuri perhatian netizen adalah muka wanita itu yang saling tak tumpah macam Mira Filzah.

“Mira Filzah ke ni??,”

“Muka dan cara mcm mira filzah,”

“Hannah delisha kacuk mira filzah ni, santikk!,”

Itu antara komen netizen yang sememanganya mempunyai ‘pandangan’ yang sama.

Malah, ada juga pengguna laman maya yang turut mendoakan wanita itu mendapat tempat dalam dunia lakonan.

“Semoga pihak produksi mana-mana drama amik awak jd kembar mira filzah atau adik beradik hana delisha,”

Setakat ini, perkongsian tersebut telah mendapat 491,000 tontonan, 22,000 tanda suka dan 1,552 komen.

Baca Juga: Hormat status suami orang, Intan Najuwa elak bersentuhan dengan Yusuf Bahrin

Baca Juga: Padu! Aksi luar biasa penjaga gol ini buat netizen tercari-cari siapakah dia