“Kena pandai bezakan seni dengan content” – Warganet kecewa ada agensi beri peluang kepada Ratu Farah rosakkan industri muzik

  • Post author:

Zaman sekarang, tiada suara pun boleh menjadi penyanyi. Begitu rendah kualiti muzik di Malaysia, asalkan anda ada pengikut maka anda layak untuk jadi penyanyi. Soal bakat tolak tepi terus, seni sudah hilang digantikan dengan ‘content’ semata.

Kini Ratu Farah pula mengeluarkan lagu ‘Harga Naik Lagi’ selepas berkolaborasi dengan Rusa Entertainment. Wanita yang terkenal di TikTok dengan ‘pickup line’ tak menjadi kini bertukar profesion dengan menjadi penyanyi pula.

Sudahlah suara tak sedap malah lirik pula sukar difahami hingga warganet melihat lagu ini seperti  ‘melacurkan’ industri muzik di Malaysia. Wanita tersebut juga dilihat menganggap industri muzik ini sebagai tempat bersuka ria sahaja.

“Sebab ada management seperti Rusa entertainment ni yang bagi peluang sampah-sampah ni jadi penyanyi. Mereka yang membuka peluang, erti kata lain mereka sendiri yang melacurkan indutsri seni. Duit masyukk kot.”

“Penyanyi dulu-dulu susah payah nak boleh masuk menyanyi. tapi mereka yang insta famaous atau TikTok famous ni mudah sahaja masuk, Allah sedih tengok industri muzik sekarang,” komen Syahirah.

tiada seni dalam industri

tiada seni dalam industri
tiada seni dalam industri

Baca Juga: “Time mencarut clear pulak sebutan Ratu’ – Tak habis-habis ulang sebut benda sendiri

Baca Juga: Isu LRT: Lembaga pengarah, pengurusan kanan Prasarana dicadang letak jawatan – Kadir