Kereta Ferrari F1 Schumacher dijual pada harga RM69.7 juta

  • Post author:

Jika seseorang itu sudah ada ‘nama’ dalam kariernya, apa sahaja barangan yang dimiliki atau pernah dipakainya, pasti akan mempunyai nilai sentimental.

Begitu juga dengan kereta Ferrari F2003-GA milik juara dunia Formula 1 tujuh kali, Michael Schumacher.

Rabu lalu, kereta berkenaan telah dijual pada harga AS$14.8 juta (RM69.7 juta) dalam satu lelongan di Geneva.

Dari Juara Dunia kepada pemegang rekod dunia, kereta Ferrari F2003-GA yang paling berjaya kini adalah kereta F1 moden paling bernilai tinggi dalam sejarah.

“Kereta yang dipandu Michael Schumacher dalam perjalanan mengejar gelaran keenamnya telah dijual pada harga CHF (Franc Swiss) 14,630,000 (AS$14,873,327) pada Luxury Week Sotheby’s di Geneva,” lapor Anadolu Agency memetik RM Sotheby’s.

RM Sotheby’s adalah sebuah syarikat lelongan kereta klasik yang beribu pejabat di Blenheim, Ontario, Kanada di Twitter.

Pada 2017, sebuah lagi Ferrari yang dipandu Schumacher – F2001 dijual pada harga AS$7.5 juta oleh Sotheby’s di New York.

Schumacher dari Jerman, 53, masih dalam proses pemulihan sejak mengalami kecederaan kepala dalam kemalangan ski pada Disember 2013.

Baca Juga: Langgar perintah injuksi, ahli keluarga Ira Kazar pula diberi notis peguam

Baca Juga: Dapat gaji awal sempena PRU 15, untunglah penjawat awam dan pesara kerajaan