Keretapi Sarong adalah satu acara sosial yang menyatukan rakyat Malaysia tidak kira bangsa, atau warna kulit daripada semua lapisan masyarakat untuk meraikan budaya, musik dan tradisi yang sering diadakan pada Hari Malaysia iaitu 16 September.
Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia, semua dijemput untuk berkumpul di stesen yang terpilih dan bagi yangmahu menyertai di bawah adalah langkah-langkahnya.
Langkah 1
Pilih pakaian mengikut pilihan anda memandangkan tahun ini tema yang dikenakan ialah Retro. Jadi pilihlah fesyen dari zaman kegemaran anda yang penting pakai atau selitkan kain sarong dalam pilihan baju anda.
Langkah 2
Berkumpul di stesen berikut
Stesen Utama:
- LRT Gombak
- MRT Bandar Utama
- LRT Ampang
- LRT Subang Jaya
- MRT Kajang
Stesen tambahan:
- ERL Putrajaya
- KTM KL Sentral
- ERL KLIA
Pastikan anda tiba di stesen jam 8.30 pagi jika tidak mahu terlepas dan pastikan juga baki kad anda mencukupi.
Langkah 3
Nantikan arahan daripada sukarelawan Sarong dan bergerak bersama-sama ke lokasi yang akan diumumkan. Sukarelawan Sarong akan memakai gelang kuning dan butang lencana yang menandakan mereka ialah sukarelawan.
Langkah akhir
Berseronok sambil menyambut Hari Malaysia dan budaya Sarong bersama-sama.
Selamat menyambut Hari Malaysia buat semua rakyat Malaysia, sambut dengan penuh kegirangan.
Baca Juga: Banduan penipu dihumban semula ke penjara jalani sisa hukuman selepas tersilap kira tahun