Teka-teki mengenai siapakah Perdana Menteri ke-10 masih belum terjawab walaupun sudah tiga hari semenjak rakyat Malaysia keluar mengundi. Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa kerusi Perdana Menteri Ke-10 masih lagi kosong.
Anwar berkata dalam pertemuan itu, Agong menitahkan keperluan menubuhkan sebuah kerajaan perpaduan yang inklusif untuk semua kaum, agama dan wilayah.
Dalam masa yang sama, Anwar turut menafikan dakwaan beliau adalah Perdana Menteri Interim seperti yang dilapor beberapa portal tempatan lapor Malaysia Dateline.
“Tak ada apa-apa keputusan lagi setakat ini. Sekarang ini ada kekosongan jawatan (PM) dan terbuka untuk permohonan,” katanya seloroh ketika ditemui pemberita selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.
Pada masa sama, ditanya tentang adakah beliau dilantik Perdana Menteri Interim, Anwar mengulangi mengatakan masih belum ada keputusan dan mengharapakn pertimbangan dan kebijaksanaan Agong serta ihsan baginda untuk memutuskan sebaiknya.
Buat masa sekarang, rakyat Malaysia hanya mahukan kerajaan yang dibentuk dengan sebaiknya. Walaupun masa yang diambil untuk memilih kerajaan dan melantik perdana menteri adalah panjang, diharapkan sesiapa yang memimpin negara dapat menaikkan semula ekonomi Malaysia.
Baca Juga: Kerajaan perpaduan: “Saya akan patuh titah Agong,” kata Anwar
Baca Juga: Masih tiada kerajaan, GPS serah kepada Agong untuk pilih PM ke 10