Tular mengenai pendakwah selebriti berusia 40-an yang ditahan reman berkaitan kes amang seksual terhadap remaja lelaki yang menggemparkan industri. Kes berkenaan kini dirujuk kepada timbalan pendakwa raya (TPR)
Menurut sumber, kertas siasatan yang dirujuk kepada TPR berkenaan membabitkan laporan dibuat mangsa di Selangor dan Negeri Sembilan. Reman membabitkan pendakwah selebriti berkenaan di Negeri Sembilan juga, sudah tamat kelmarin.
“Setakat ini, polis menerima tujuh laporan polis membabitkan empat di Selangor, dua di Negeri Sembilan dan satu di Kuala Lumpur.
“Kesemua mangsa yang membuat laporan membabitkan remaja lelaki berusia antara 16 sehingga 18 tahun,” katanya.
Sumber berkata, mangsa kes amang seksual fizikal terbabit mendakwa diarah melakukan perbuatan tidak senonoh oleh suspek yang pernah menyertai program realiti agama sebelum ini lapor Harian Metro.
Baca Juga: Abang mangsa seksual pendakwah terkenal buat sumpah laknat
Baca Juga: 6 laporan polis diterima terhadap pendakwah selebriti, 2 di Klang, 1 di Shah Alam dan 1 di Kajang