Kes pelekat dekat peti ais, Sajat dituduh dah balik Malaysia

Hanya sebab pelekat sama dekat peti ais mak dengan peti ais Sajat, seorang pengguna TikTok tuduh Sajat sudah pulang ke Malaysia hingga menyebabkan netizen terhibur dengan perbandingan tersebut.

Ketika sedang melakukan live di TikTok, Sajat diajukan soalan sama ada dia sudah pulang ke Malaysia hanya kerana pelekat di peti ais milik Sajat sama seperti yang ada ditampal di peti sejuk Malaysia.

Tidak tahu mahu marah atau gelak, Sajat membawa mendekat kamera telefon miliknya ke arah pelekat tersebut. Apa yang lebih kelakar Sajat memaklumkan pelekat tersebut bukan hanya ada di Malaysia tapi juga di luar negara.

“Adik, cakap dekat mak awak, mak tengok ni mak, ‘compare models at www.energyrating.gov.au’. Kau tahu tak ‘AU’ itu apa? Australia.

“Kau ingat pelekat ini ada di Malaysia sahaja? Pelekat ini ada dekat Australia juga adik. Tolong lah adik, aku sudah penat dan terangkan dah. Faham tak?,” ujar Sajat sambil tertawa.

Menerusi komen di siaran langsung TikToknya, majoriti besar pengguna TikTok terhibur dan geli hati dengan gaya dan jawapan Sajat yang tidak jemu menjawab pertanyaan daripada orang ramai lapor Kosmo.

“Kan dah kena, kau tanya lagi soalan macam itu dekat Sajat, penatlah gelak sampai kejung perut,” komen pengguna TikTok.

“Lawak sungguh, bukan kata Sajat, aku sendiri pun pening dengan soalan kau adik, ada ke patut pelekat peti yang kau tengok,” komen seorang lagi pengguna TikTok.

“Yang tanya soalan pun kelakar, yang jawab soalan pun lawak, eloklah korang bergabung buat lawak santai macam ni, hilang stres,” tulis pengguna TikTok yang lainnya.

Pelekat tersebut hanya menunjukkan bintan dan penjimatan eletrik sahaja ya, jadi bukan dekat Malaysia je ada. Negara lain pun guna pelekat yang sama.

Baca Juga: [VIDEO] Ular depan bonet kereta, wanita ini dipuji sebab…

Baca Juga: Pernah lihat Ismail Sabri, Mahiaddin atau Zahid edar makanan tengah hari kepada petugas media?