Walaupun kes Covid-19 tidak setinggi sebelum ini namun ia telah menunjukkan peningkatan, justeru itu orang ramai diminta untuk memakai pelitup muka di tempat sesak bagi mencegah penularan kes.
Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan berkata, orang ramai turut diingkatkan untuk mengamalkan penjagaan kebersihan tangan serta mematuhi TRIIS iaitu Test (Uji)), Report (Lapor), Isolate (Asing), dan Seek (Dapatkan).
“Trend kes positif Covid-19 yang dilaporkan di Malaysia telah menunjukkan peningkatan. Begitu juga dengan bilangan kes kemasukan ke wad dan unit rawatan rapi (ICU) akibat Covid-19.
“Peningkatan ini selari dengan dengan pengesanan sub-varian Omicron XBB di negara ini pada Oktober lalu.
“Bagi memastikan kita mengharungi fasa hidup bersama virus Covid-19 secara terkawal dan dapat melakukan aktiviti kehidupan dengan selamat, orang ramai diingatkan untuk terus amalkan langkah pencegahan,” kata kenyataan itu hari ini.
KKM dalam masa menjelaskan bahawa vaksin masih berkesan dalam mengurangkan gejala serius akibat jangkitan semua varian virus Covid-1, termasuk XBB. Jadi rakyat yang layak diseru untuk segera ambil vaksin dan dos penggalak dengan mendapatkan temujanji melalui aplikasi MySejahtera.
Baca Juga: Cinta tak kenal siapa… netizen sangka pasangan ini anak dan bapa…
Baca Juga: Gagal buat konten dengan Ferrari RM18.5 juta, tak sampai 4 saat dipandu, kereta dah tersagat