Kesian lelaki ini, nak lari daripada gajah, kena baham buaya

  • Post author:

Sudah jatuh ditimpa tangga. Pepatah itu sering kita dengar apabila seseorang itu ditimpa nasib malang secara berturut-turut.

Itu yang terjadi kepada seorang lelaki di Zimbabwe yang kehilangan kaki dan lengannya akibat diserang seekor buaya selepas berjaya melarikan diri daripada serangan gajah.

Winders Sianene, 42, terjun ke dalam sungai untuk mengelak daripada dipijak kawanan gajah liar di barat Zimbabwe.

Malangnya, lelaki itu pula diserang buaya sehingga kaki dan lengannya putus.

Kejadian berkenaan berlaku minggu lepas apabila Sianene didatangi lima ekor gajah ketika ingin memancing di Sungai Mlibizi.

Dia melompat ke dalam sungai dan cuba berenang melintasinya untuk melarikan diri daripada kawanan haiwan liar itu, sebelum diserang seekor buaya. 

Sianene kemudian melompat ke bahagian belakang buaya itu dan menunggangnya sebelum meletakkan tangannya ke dalam kerongkong reptilia tersebut untuk membuat ia tersedak. 

“Sianene dalam perjalanan ke Sungai Mlibizi apabila melihat gajah menyerbu ke arahnya. Ketika itulah dia mengambil keputusan untuk melarikan diri dan terjun ke dalam sungai.

“Dia dimasukkan ke Hospital Mpilo, barat daya Zimbabwe, manakala kaki dan lengannya telah dipotong,” kata saudara lelaki mangsa, Fanikiso Mkombwe.

Baca Juga: Jururawat neonatal bunuh 7 bayi, perbicaraan bermula tak lama lagi

Baca Juga: Padah berlabuh tanpa kebenaran, kapal ini ditahan Maritim