Kesiannya.. 26 ekor ikan emas lelaki ini mati sebab renjatan elektrik..

  • Post author:

Kadang-kadang dalam hidup kita ini, ada beberapa kejadian yang berlaku di luar jangkaan kita.

Begitu juga dengan kisah seorang lelaki dari China ini yang mengalami episod sedih akibat sesuatu yang tidak disangka-sangka.

Rupa-rupanya, 26 ekor ikan emas peliharaannya mati dalam satu kejadian aneh.

Setelah diperiksa, lelaki itu mendapati sebuah soket elektrik yang rosak jatuh ke dalam tangki ikan dan mencetuskan renjatan elektrik, mengakibatkan semua ikan kesayangannya mati.

Kejadian tersebut berlaku di rumah pemilik ikan itu yang mahu dikenali sebagai Chen, di bandar Guangzhou.

Chen berkongsi dua rakaman tentang ikan emas kesayangannya di platform penstriman tempatan, Douyin yang menggambarkan situasi sebelum dan selepas kejadian itu.

Video pertama menunjukkan ikan-ikan emas yang cantik dan berwarna-warni berenang di dalam tangki, manakala video kedua memperlihatkan situasi di mana Chen kehilangan ikan-ikannya.

Kesemua ikan emas itu terapung dan berada dalam keadaan tidak bermaya di permukaan air.

Chen menyedari ikan-ikannya ‘direbus’ hidup-hidup ketika mencabut soket elektrik itu.

Dia cuba meletakkan tangan ke dalam tangki itu dan menyedari air di dalamnya sangat panas.

Walaupun sedih, Chen yang merupakan seorang pencinta hidupan akuatik, berharap semua orang dapat mengambil iktibar daripada kejadian itu.

Baca Juga: [Vid] Telatah comel kanak-kanak ini buat netizen geram dengan dia

Baca Juga: Terbalikkan Myvi masa rusuhan, tujuh lelaki mengaku bersalah