Khusyuk baca berita sampai tak sedar tertelan lalat undang gelak tawa

Pembawa berita Global News Kanada, Farah Nasser meneruskan laporannya selepas secara tidak sengaja menelan pepijat itu. Dia kemudian berkongsi detik lucu tersebut di Twitter miliknya.

Siapa sahaja yang menyangka ketika sibuk bertugas akan ada lalat terbang memasuki mulut anda namun reaksi Farrah Naseer yang kekal tenang menunjukkan tahap profesionalisme sebagai pembaca berita.

Wanita warga Kanada itu menyampaikan laporan berita di televisyen secara langsung awal minggu ini, apabila seekor lalat yang menjengkelkan memutuskan bahawa ia juga mahukan sedikit masa siaran lapor Parade.

Video itu yang disiarkan Nasser ke laman Twitternya menunjukkan dia menyampaikan cerita tentang banjir di Pakistan apabila dia tiba-tiba berhenti pada pertengahan ayat ketika pepijat berterbangan ke dalam mulutnya.

Tetapi dia tidak meragam, sebaliknya terlihat menelan air liur dengan banyak, sebelum meneruskan siaran beritanya yang lain.

Dia berkongsi detik yang kini viral dalam tweet pada hari Isnin, berharap dapat memberi ketawa kepada pengikutnya, “kerana kita semua memerlukan ketawa hari ini.”

“Saya dapat merasakan ia berkibar di belakang tekak saya ketika saya menyelesaikan tajuk berita itu dan ia tetap tak hilang ,” kata Nasser kepada Moos tentang perosak terbang itu.

Nasib baik, Nasser boleh ketawa tentang kejadian itu, sambil bergurau tentang dia dan 15 minit kemasyhuran lalat itu, dalam tweet lain minggu ini.

Baca Juga: Pelajar terima pampasan RM4.48 juta selepas sekolah abaikan petisyen ‘Let’s Kill Eleri Irons’

Baca Juga: Kerajaan Kedah mesti hentikan, batalkan semua cadangan pembangunan ladang hutan