Kipas sekolah jatuh atas anak, bapa terkilan pihak sekolah tak bagi rawatan segera

  • Post author:

Sekolah sepatutnya menjadi tempat yang selamat buat anak-anak untuk belajar namun bertukar mimpi ngeri buat murid perempuan yang patah jari tangan kiri selepas kipas siling dalam bilik darjah terjatuh dan menimpanya.

Kejadian dikatakan berlaku di sebuah sekolah rendah di daerah Selamat pada pukul 10 pagi itu turut mencederakan tiga lagi murid perempuan yang berusia 8 tahun.

Selain patah jari, bapa mangsa, Mohd memaklumkan anaknya juga mengalami beberapa kecederaan lain di bahagian dada, dan kedudukannnya yang berada betul-betul di bawah kipas menyebabkan dia mengalami kecederaan yang lebih serius.

“Disebabkan meja anak betul-betul di bawah kipas kecederaan dialaminya agak serius berbanding rakannya lain.

“Sebaik dibawa ke hospital doktor memaklumkan tulang jari kiri tangan patah dan perlu disimen ,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Terkilan anak tak diberi rawatan segera

Pihak sekolah dikatakan tidak menyegerakan rawatan dan hanya menunggu ibu bapa hadir untuk membawa anak sendiri ke hospital.

“Ketika isteri tiba di sekolah, keadaan tangan anak ketika itu sudah bertukar warna.

“Ini kes kecemasan tetapi pengurusan sekolah memberi alasan mengikut peraturan ditetapkan Jabatan Pendidikan.

“Saya dan isteri menerima takdir anak ditimpa kemalangan kerana ia bukanlah disengajakan, cuma kami terkilan dengan tindakan pihak sekolah yang melambatkan proses rawatan ke atas anak saya dan mangsa lain,” katanya.

Anaknya diberikan cuti sakit selama 14 hari dan kini masih trauma dengan kejadian yang berlaku.

Susulan kejadian itu Mohd membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama petang hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Selama, Superintendan Mohd Sabri Saad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Baca Juga: Menjijikan! Ada ulat sampah dalam kereta rupanya

Baca Juga: Dr Amalina selamat bersalin bayi sulung, nama Arabella Mia jadi pilihan hati