Di Twitter dapat dilihat satu gelombang mula digerakkan anak muda untuk memberi peluang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memimpin negara. Setelah berada dibawah pimpinan yang berlainan, maka mereka ingin melihat sosok lain meneraju negara kali ini.
Seorang lelaki di Twitter dengan nama Injang mempersoal mengenai banyak jenis perdana menteri yang sudah memimpin Malaysia, jadi kenapa tidak beri peluang kepada DSAI untuk kemudi negara.
“Kita pernah ditadbir penyamun (Najib), pernah dapat PM tidur, pernah dapat PM sama dua kali, pernah dapat PM cirit dan PM sembab cucuk hidung.
“Kita tak akan kalah apa pun, jadi kenapa tidak cuba bagi Anwar naik jadi PM sekali. Kalau tak elok, next PRU tukar la lain.”
Dia dalam ciapan menyatakan Anwar bukanlah pilihan terbaik yang Malaysia ada, namun jika mahu dibandingkan Zahid Hamidi, lebih baik Anwar yang memerintah.
“Aku nak tahu apa impak DSAI, kenapa ramai sangat yang risau, takut dan gelabah kalau dia naik jadi perdana menteri.
Tak perlu fanatik dengan ahli politik
Injang menasihati rakyat agar tidak perlu terlalu fanatik atau taksub dengan pemimpin politik, kerana mereka berkhidmat untuk kita.
“Kita undi tapi kalau mereka buat tahi, maki je la.
“Asalkan kita tunaikan tanggungjawab sebagai pengundi tiap kali PRU dan berani ubah pemimpin. Maka tak perlu sokong satu parti sahaja.”
Antara komen netizen:
Baca Juga: 21 juta rakyat dijangka turun mengundi, inilah masa untuk pilih kerajaan baru
Baca Juga: Bertembung dengan Zafrul, AMANAH mahu Dr Dzulkefly pertahankan kerusi Kuala Selangor