KL City tumpas 0-3, Hodak akui kesalahan sendiri

  • Post author:

Terlalu yakin bakal menang, pengendali Kuala Lumpur City (KL City), Bojan Hodak akui kesilapan diri hingga sebabkan pasukan dihukum dengan tiga jaringan daripada pasukan Al Seed sekaligus memusnahkan harapan untuk bergelar juara.

KL City tewas dalam Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2022, yang berlansung malam semalam.

Tewas dengan 0 berbalas 3 sememangnya menyakitkan namun ia adalah pengajaran bermakna buat barisan pemain di peringkat antarabangsa lapor Harian Metro.

Beliau berkata, perlawanan mungkin berbeza sekiranya The City Boys berjaya mendapatkan gol pembukaan menerusi beberapa peluang pada awal permainan.

“Saya sudah katakan sebelum perlawanan bahawa mereka (Al Seeb) pasukan yang berkualiti dan jika kami buat kesilapan, kami akan dihukum.

“Untuk memenangi perlawanan seperti ini, anda perlu menampilkan permainan sempurna selain turut bergantung kepada nasib.

“Jika kami dapat jaringkan gol pertama (pada awal permainan), mungkin perlawanan akan berbeza. Bagi aksi final, kita perlu dapatkan gol, jika tidak, pasukan terbaik Asia akan menghukum anda,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Terdahulu, final di Stadium Nasional, Bukit Jalil itu menyaksikan anak buah Hodak tewas 0-3 di tangan Al Seeb yang mencipta sejarah sebagai pasukan pertama dari Oman menjuarai Piala AFC.

Baca Juga: Kambing ni buat gaya ala diva, netizen geli hati binatang pun boleh ‘sombong’

Baca Juga: Selepas pengumuman PRU-15, Melaka dilanda banjir kilat