Masih kurang kesedaran mengenai penyakit autistik dalam kalangan rakyat Malaysia sehingga kadang-kadang menjadi isu yang besar buat umum. Fazura berkongsi pengalaman anak saudaranya yang juga autistik diherdik penumpang ketika menaiki pesawat.
Menerusi hantaran tersebut, Fazura turut berkongsikan kata-kata kasar penumpang wanita tersebut yang didakwa turut menudingkan jari ke arah ahli keluarga Fazura.
“Nak tanya ibu bapa seluruh Malaysia. Pernah tak anda semua bawa anak-anak kecil naik kapal terbang dan mereka gementar dalam perjalanan di udara? Anak-anak kecil macam Fatima baru nak masuk dua tahun. Sepupu Fatima pula anak syurga, autistik.
“Apa perasaan anda jika ada penumpang wanita lain mengherdik “if you guys can’t handle your kids, they shouldn’t be flying!!” sambil menunjukkan jari ke arah anak anda?” luahnya.
Perkongsian Fazura itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang menyelar sikap biadab wanita tersebut sepatutnya ada rasa belas kasihan kepada kanak-kanak istimewa.
Dalam pada itu, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib kanak-kanak berkenaan serta meluahkan rasa geram dengan sikap wanita terbabit malah ada juga yang berkongsi pengalaman membawa anak syurga mereka menaiki kapal terbang.
Baca Juga: Gagal bayar cukai, Shakira bakal berdepan hukuman penjara
Baca Juga: SAR di Gunung Senyum tamat-‘Mangsa’ ada rekod sakit mental, 2 rakan didakwa hilang tidak wujud