Konon mahu bergurau dengan rakan, remaja sedang tidur maut dalam kebakaran

Sebagai agama fitrah, Islam tidak melarang kita bergurau senda namun Islam melarang gurauan melampau yang berpotensi melahirkan dendam dan permusuhan samalah seperti kes yang meragut nyawa rakan mereka sendiri.

Tindakan remaja yang bergurau ini akhirnya membawa padah apabila rakan mereka ditemukan maut selepas terperangkap di dalam tandas terbiar di Bandar Puncak Alam Fasa 3. Remaja tersebut dikatakan sedang tidur di depan pintu tandas berkenaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, berdasarkan maklumat daripada saksi dan dua rakan mangsa, mereka bertiga (termasuk mangsa) sedang melepak bermain permainan di telefon bimbit di dalam tandas itu.

“Mangsa, Muhammad Damin Mikhail Kansol, 16 dikatakan sedang tidur di atas sofa di depan pintu tandas sebelum rakan mangsa menyalakan api di bawah sofa dengan niat untuk bergurau.

Norazam berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 2.35 petang semalam, 28 Ogos 2022.

“Seramai 19 pegawai dan anggota bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami mendapati terdapat mayat remaja lelaki berusia 16 tahun di dalam tandas yang terbiar berkenaan dalam keadaan badannya melecur,” katanya.

Baca Juga: Bergurau tak kena tempat, lelaki tahan sakit 10 hari sebab cawan keluli disumbat ke dalam rektum

Baca Juga: Ramai minta cuti peristiwa sempena kemenangan badminton dunia, siap ada yang ‘PM’ tepi Ismail Sabri