KPDNHEP sedia bantu banteras jualan telur penyu dalam talian

  • Post author:

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedia membantu kerajaan Terengganu dan Jabatan Perikanan Malaysia membanteras penjualan telur penyu dalam talian.

Ia memandangkan pengharamannya telah berkuat kuasa pada1 Jun lalu.

Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid berkata, pihaknya boleh mengarahkan platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan dan penjualan telur penyu tersebut.

“Kementerian akan bertindak sekiranya menerima aduan daripada kerajaan negeri Terengganu atau Jabatan Perikanan kerana ia adalah di bawah bidang kuasa mereka.

“Namun, setakat ini kita masih belum menerima apa-apa aduan dari mana-man pihak mengenai penjualan telur penyu secara terbuka di platform perniagaan atas talian ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (PMJKM) di Kuala Terengganu, hari ini.

Baca Juga:  Tertelan tulang ikan, lelaki maut selepas usus bocor

Baca Juga: 2,560 jam tangan guna cap dagangan tidak sah, dirampas