Kucing sering menjadi pilihan ramai untuk dijadikan haiwan peliharaan disebabkan fizikalnya yang comel dan menghiburkan.
Selain itu, haiwan itu juga sangat manja dan boleh dijadikan sebagai penyeri hidup seseorang apabila dilanda masalah atau kesedihan.
Walaupun comel dan menggeramkan, kadang-kadang kucing ini pun ada perangai peliknya juga.
Terbaru menerusi satu video tular di laman tiktok yang dimuat naik oleh @dayanamrys memaparkan suasana sebuah gerai jualan nasi.
Apa yang mencuri perhatian netizen adalah gelagat seekor kucing yang berdiri seakan-akan beratur dalam kalangan pelanggan gerai tersebut.
Kucing itu juga dilihat berpaut pada meja seolah-olah meminta sesuatu daripada pemilik gerai.
“Made my morning. I love cats sm,” tulis @dayanamrys di ruangan kapsyen.
Dalam pada itu, netizen turut terhibur apabila melihat telatah si comel menerusi yang video tular itu.
“Duit ada tak tu dik,?” seloroh seorang pengguna di laman sosial itu disusuli emoji ketawa.
Seorang lagi netizen pula mengatakan kucing itu sudah pilih lauk yang dijual.
“Dah siap pilih lauk tuu,” katanya di ruang komen sambil meninggalkan emoji ketawa.
Baca Juga: JKM mohon bantuan kesan ibu bapa Ayyash
Baca Juga: Selangor catat kes denggi tertinggi