“Kucing ni penat agaknya layan tetamu”, netizen geli hati tengok si comel ni boleh tidur dalam kebasahan

  • Post author:

Kucing adalah antara haiwan peliharaan yang paling manusia sayang, malah gelagatnya tidak pernah membuatkan kita jemu melayan mereka.

Walaupun comel, kadang-kadang kucing ni ada perangai anehnya sendiri seperti yang terjadi dalam sebuah video viral ini.

Terbaharu, menerusi satu video tular di laman TikTok yang dimuatnaik @nrlfrhnnaa menunjukkan seekor kucing sedang nyenyak tidur.

Menariknya adalah, kucing itu masih dibuai mimpi walaupun badannya sudah basah kerana terkena air, tidak seperti kucing-kucing lain yang begitu takut dengan air.

“Hati-hati takut air masuk dalam telinga dia,”

“Tgh syok mimpi tu. kalau kucing sy kena air sikit je dh menggelepar,”

“Kepenatan gamaknya melayan tetamu kenduri..mimpi dalam laut..,”

Setakat ini perkongsian tersebut telah mendapat 1 juta tontonan, 94.7k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat kucing tersebut.

Baca Juga: Ubah fikiran saat akhir, pasangan ditahan ketika cuba ambil semula bayi yang dibuang

Baca Juga: Luar biasa! Lautan manusia banjiri pekarangan rumah Shah Rukh Khan sempena hari lahir aktor itu