Seorang ibu di Indonesia tidak menyangka anak perempuannya yang berusia 17 tahun itu sebenarnya menyembunyikan kandungan. Ia hanya terbongkar apabila mangsa menguncikan diri dalam bilik dan tidak keluar walaupun dipujuk.
Kejadian yang berlaku di Kecamatan Glenmore itu ternyata menyedihkan apabila remaja berusia 17 tahun itu ditemui meninggal dunia bersama bayi lelaki yang baru dilahirkannya pada 31 Ogos lalu.
Tak keluar bilik sejak 30 Ogos
Menurut Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Banyuwangi iaitu Iptu Agus Winarno, insiden tersebut hanya disedari oleh ibu mangsa selepas curiga anak perempuannya itu tidak keluar dari biliknya sejak 30 Ogos lapor laman berita Adatah.
Bimbang sesuatu perkara buruk berlaku, ibu bapa mangsa cuba memeriksa keadaan mangsa tetapi pintu bilik berkenaan berada dalam keadaan terkunci dan mereka telah meminta bantuan salah seorang ahli keluarga untuk membuka pintu berkenaan namun tidak berjaya.
Mereka kemudian cuba memasuki bilik melalui tingkap dan alangkah terkejutnya apabila melihat mangsa sudah terbaring dalam keadaan berlumuran darah sementara seorang bayi lelaki berada bersebelahan ibunya.
Teman lelaki ditahan
Ahli keluarga mangsa kemudian melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis dan seorang lelaki yang dipercayai merupakan teman lelaki mangsa telah ditahan bagi membantu siasatan.
Hasil siasatan awal mendapati, mangsa dan teman lelakinya telah menjalin hubungan sejak tahun 2021 dan pernah melakukan hubungan intim pada awal di Desember 2021 lalu.
Difahamkan, keluarga mangsa telah reda dengan kejadian tersebut dan mereka enggan melakukan bedah siasat ke atas jenazah mangsa.
Baca Juga: Majlis ‘kesyukuran’ paling unik, pengarah bank lempar duit RM15 kepada pengunjung
Baca Juga: Seorang ayah OKU hilang upaya cari nafkah untuk keluarga akhirnya…