Ingatkan pisang, rupanya kunci motosikal!
Itu komen netizen apabila melihat video tular memaparkan seekor monyet ‘menakutkan’ penghantar barang dengan duduk di atas motosikalnya yang dipenuhi bungkusan.
Seorang penghantar barang dilihat membawa timbunan bungkusan di atas motosikalnya yang diletakkan berhampiran sebuah rumah di Indonesia.
Motosikal itu kemudian dinaiki monyet tersebut yang kelihatan ingin tahu mengenai barang yang dibawa.
Bukan sahaja monyet itu ‘tertarik’ dengan bungkusan dibawa, malah haiwan itu turut mengambil kunci motosikal berwarna kuning kerana disangka sebagai makanan dan sesekali mengigitnya.
Lelaki itu juga beberapa kali menyuruh monyet itu pergi, namun haiwan itu tetap tidak berganjak daripada motosikal tersebut.
Baca Juga: DBKL sediakan surau bergerak