Sebelum ini jemaah wanita memerlukan mahram jika ingin menunaikan ibadah haji dan umrah namun Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr. Tawfiq Al-Rabiah mengumumkan bahawa perkara tersebut tidak lagi diwajibkan.
Kelonggaran itu tertakluk kepada semua wanita dewasa yang ingin pergi ke Arab Saudi untuk menunaikan haji atau umrah dari mana-mana bahagian dunia lapor Saudi Gazette kelmarin.
Sebelum ini ia menjadi masalah untuk mengetahui sama ada mahram diperlukan untuk mengiringi jemaah wanita atau tidak, maka kontroversi ini ditamatkan pada sidang media di Kedutaan Arab Saudi di Kaherah, Mesir.
“Mana-mana orang Islam yang datang ke Arab Saudi dengan apa-apa jenis visa boleh menunaikan umrah,” katanya.
Beliau juga menegaskan bahawa kelonggaran terbaharu itu adalah salah satu bentuk kesungguhan Arab Saudi untuk mengurangkan kos mengerjakan haji dan umrah. – Agensi
Baca Juga: Hanya sebab duit, tiga lelaki dihukum mati kerana halang projek mega di Arab Saudi
Baca Juga: Nenek lesap RM140,000 akibat bercinta dengan ‘angkasawan’