Nak mencuri satu hal, berenang dalam sungai penuh ular untuk larikan diri pula satu hal. Lelaki di Chiang Rai, Thailand sanggup larikan rantai emas berharga lebih RM19,000 demi ‘isteri’ sebelum menuju ke Myanmar.
Tidak menjadikan jarak balai polis sebagai halangan, lelaki tersebut tetap meneruskan rancangan. Kejadian dikatakan berlaku pada 26 November lalu di sebuah kedai emas di daerah Mae Sai, Chiang Rai lapor The Thaiger.
Sempat tinjau barangan yang mahu dilarikan
Sebelum kejadian, suspek dikatakan sudah meninjau barang kemas di sana dan sempat meneliti rantai emas berharga RM12,666 seberat 45.6 gram.
Namun memberi alasan harga terlalu mahal dan pulang untuk dapatkan pendapat isterinya terlenih dahulu, maklum pengurus kedai.
Menepati ‘janji’, suspek itu kembali semula ke kedai dengan mengatakan isterinya mahu rantai emas seberat 75.8 gram yang berharga RM18,841.
Tindakan pengurus membiarkan dia untuk memeriksa keadaan barang kemas tersebut terlebih dahulu menyebabkan suspek bertindak untuk merlarikan diri.
Susulan daripada itu juga, pihak polis berjaya mengesan motosikal yang digunakan berhampiran Sungai Ruak, Sempadan Thai-Burma menerusi pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV).
Disebabkan itu juga, mereka meminta bantuan daripada Pejabat Kerjasama Sempadan Thailand-Myanmar untuk mengesan suspek yang sanggup merentasi sungai penuh ular demi melarikan diri.
Baca juga: Pesawat tersangkut pada kabel elektrik, dua individu terperangkap selama 7 jam
Baca Juga: Tuduh Anwar ejen Israel, Bukit Aman buka kertas siasatan terhadap Hadi