Lawat kubur salah selama 43 tahun, keluarga kecewa majlis perbandaran salah letak plak nama

Bayangkan 43 tahun kita lawati kubur tersayang, meluahkan rasa rindu yang tiada penghujung tapi kubur tu sebenarnya milik orang lain dan bukan ahli keluarga anda. Kejadian yang berlaku di Durham itu mengecewakan pihak keluarga tersebut.

Sylvia Ross, 67, dikatakan mengunjungi kubur yang dipercayai bapanya, John Thomas Thompson sejak dikebumikan pada 1979 di tanah perkuburan Witton di Bishop Auckland, County Durham.

Hanya tahu kesalahan apabila keluarga kepada pemilik sebenar kubur itu muncul untuk meletakkan tugu peringatan namun tidak mencukupi ruang yang menyebabkan keluarga mendiang menghubungi Majlis Daerah DUrham

Difahamkan, keluarga tersebut selama ini melawat kubur milik Federick Brown yang meninggal dunia pada tahun sama.

Pengurus Perkhidmatan Pengebumian Majlis Daerah Durham, Graham Harrison memohon maaf atas kesilapan yang berlaku terhadap keluarga Thompson.

Tinggalkan jambangan bunga pada ulang tahun kelahiran dan hari krismas

Ross malah kerap meninggalkan jambangan bunga setiap kali ulang tahun kelahiran bapanya termasuk Hari Krismas lapor Daily Mail. Itu yang menyebabkan dirinya dan anak perempuan, Lynette kecewa selepas mengetahui kubur itu menempatkan mayat orang lain.

Katanya, dia mengetahui perkara tersebut melalui Facebook selepas majlis perbandaran memaklumkan mengenai sebuah plak yang diletakkan di tempat yang salah di tanah perkuburan itu.

“Kami sekeluarga sangat kecewa apatah lagi ibu saya kerana dia sudah melawat kubur itu sejak 43 tahun lalu.

“Saya tidak pernah berjumpa dengan datuk semasa dia masih hidup dan berasa sangat sedih dengan kesilapan ini,” kata cucu mendiang.

Jelasnya, kesilapan tersebut berlaku ketika tanah perkuburan itu diuruskan oleh Majlis Daerah Wear Valley.

Baca Juga: Uncle Cina ini ingat cendol dekat kenduri kahwin kena bayar, sopan je tanya berapa harga

Baca Juga: Mufti kata tiada hukum jelas dalam al-Quran melarang umat Islam sebut RIP