Lebih 15 jam terapung di laut, nelayan ini akhirnya diselamatkan

  • Post author:

15 jam bukanlah satu tempoh masa yang sekejap, apatah lagi ia melibatkan nyawa seseorang.

Namun, pengalaman seorang nelayan warga Indonesia yang berpaut pada tong plastik dan terapung kira-kira 15 jam di laut, pastinya tidak dapat dilupakan.

Walaupun mengharungi detik cemas di tengah lautan, nelayan itu akhirnya berjaya diselamatkan pihak berkuasa Malaysia pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Mersing, Komander Maritim Khairul Nizam Misran berkata, mangsa dikenali sebagai Catur, 40 tahun, sebelum itu dilaporkan terjatuh di kedudukan 5.3 batu nautika Pulau Sibu Hujung, Mersing kira-kira 8 malam kelmarin.

Beliau berkata, mangsa dipercayai hanyut sejauh 9.3 batu nautika dari lokasi dilaporkan terjatuh.

“Mangsa ditemui di kedudukan lebih kurang 10 batu nautika selatan Pulau Sibu, di sini sekitar jam 10.30 pagi.

“Mangsa, kali terakhir dilihat diatas bot nelayan milik warga tempatan itu hanya memakai seluar hijau sebelum jatuh laut.

“Mangsa ditemui oleh bot Perikanan PL 87 yang turut serta dalam OP CARILAMAT dalam keadaan selamat,” katanya menerusi satu kenyataan.

Baca Juga: Berkenalan hanya di Facebook, wanita cantik kahwini penjual ikan

Baca Juga: Permohonan untuk Najib ke Parlimen ditolak Jabatan Penjara Malaysia