Lebih 20 warga China hilang selepas sebuah bot karam di luar pantai barat daya Kemboja pada petang semalam.
Perkara itu disahkan Kedutaan China di Kemboja hari ini.
Bot berkenaan dilaporkan membawa 41 warga China, dan 18 berjaya diselamatkan manakala baki 23 masih hilang.
Xinhua melaporkan, dua anak kapal warga Kemboja telah ditahan selepas kejadian itu.
Bot itu berlepas dari Guangzhou, China pada 11 September dan mengalami masalah selepas tiba di perairan wilayah Preah Sihanouk.
Duta China, Wang Wentian segera mengarahkan kakitangan untuk menghubungi Kementerian Pertahanan Kemboja, jabatan polis, Kerajaan Wilayah Sihanoukville dan jabatan lain yang berkaitan untuk meminta bantuan mencari mangsa yang hilang.
Setakat ini, operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.
Baca Juga: Khai Bahar mohon doakan ibu, masuk ICU sebab kegagalan buah pinggang