Siapa sangka pada tahun 70-an, dunia pernah digemparkan dengan khabar lebih 60 bekas menteri dan pegawai kerajaannya dikenakan hukuman mati akibat salah guna kuasa dan rasuah.
Perkara tersebut dilapor semula oleh Utusan Malaysia baru-baru ini.
Mengimbau kejadian 48 tahun lalu iaitu pada 25 November 1974, pihak berkuasa tentera Habshah dilaporkan membuat pengumuman akan menjatuhkan hukuman mati terhadap 61 orang bekas menteri dan pegawai kerajaannya.
Memetik Pusat Maklumat dan Arkib Utusan Malaysia, mereka yang ditembak adalah antara kira-kira 200 bekas menteri, pegawai kerajaan, gabenor wilayah dan hakim yang ditahan di bilik-bilik kurungan di Istana Besar kerana menunggu perbicaraan atas tuduhan rasuah dan salah guna kuasa.
Selain itu, antara peristiwa lain yang menarik sekitar tahun 70an;
25 November 1972: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mengurangkan denda daripada RM1 juta kepada RM500,000 atau hukuman penjara 12 bulan terhadap seorang pemandu van dari Thailand yang didapati bersalah membawa masuk emas ke negeri ini.
25 November 1974: Sewa rumah di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya naik antara 25 hingga 50 peratus dalam tempoh tiga tahun lalu.
25 November 1979 : Pelawak terkenal, Datuk Jamali Shadat mengetepikan lawak jenaka buat sementara waktu demi untuk bertugas dengan lebih serius sebagai Pegawai Seranta Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Pelabuhan Klang.
Sumber: Utusan Malaysia
Baca juga: Terbang tanpa henti sejauh 13,560 km, burung ini pecah rekod dunia
Baca juga: Pemimpin dunia ucap tahniah pada Anwar, berharap dapat kuatkan kerjasama dua negara