Lelaki berjaya dibawa turun selepas 4 hari ‘berada’ di puncak menara

  • Post author:

Kadang-kadang dalam hidup kita ini, ada beberapa kejadian yang berlaku di luar jangkaan kita.

Begitu juga dengan kisah seorang lelaki dari Indonesia ini,ratusan penduduk memenuhi ‘lokasi’ dia berada sekali gus menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Dia telah empat hari berada di puncak menara pemancar radio setinggi 43 meter di Jalan Don Tomas di wilayah Nusa Tenggara Timur akibat mogok.

Pasukan keselamatan berjaya membawa turun seorang lelaki berusia 53 tahun itu.

Ketua Bahagian Operasi dan Makluman Pejabat Mencari dan Menyelamat Maumere,  Wayan Suwena berkata, lelaki dikenali sebagai Augustinus Woro berasal dari daerah Ngada itu berada dalam keadaan lemah ketika dibawa turun.

Wayan menjelaskan proses berlangsung dramatik kerana Augustinus enggan turun, malah mengugut mahu menyalakan petrol dan mancis ketika pegawai penyelamat menghampirinya.

Bagaimanapun, selepas dipujuk berkali-kali oleh pegawai dan anggota Persatuan Mahasiswa Katolik Indonesia (PMKRI), Agustinus akhirnya akur.

Lelaki itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Sikka untuk pemeriksaan.

Sebelum ini, tindakan Augustinus mengejutkan penduduk Kota Maumere dan ramai penduduk yang lalu menjerit mengarahkan dia turun segera kerana keadaan yang amat berbahaya.

Dia malah naik lebih tinggi ke puncak menara, sambil mengibarkan bendera merah putih dan sepanduk yang mengandungi beberapa tuntutan.

Wayan berkata, berdasarkan maklumat pasukan penyelamat, Agustinus mahu turun jika dapat bertemu Ketua Bandar Sikka, Fransiskus Roberto Diogo dan Ketua Polis Sikka, AKBP Nelson Felipe Diaz Quintas.

Baca Juga: ‘Saya hanya mahu kelihatan sihat dan gembira’ – BCL sedih difitnah hamil padahal berat badan naik

Baca Juga: [Video] Kanak-kanak ini merajuk sambil buat ‘muncung’, netizen tanya boleh pinjam muncung tak dik?