Lelaki cuba tip hilangkan gam cap gajah di tangan, netizen panik sekali sebab lama sangat

Terdapat banyak tip yang dikongsi oleh pengguna sosial media, ada yang menjadi ada juga yang tidak berguna. Buat lelaki ini, dia sendiri hampir panik kerana menggunakan gam cap gajah di tangan semata-mata mahu membuktikan tip itu menjadi.

Di dalam video asli menunjukkan seorang lelaki yang meletakkan garam di bahagian yang terkena gam tersebut dan dapat menghilangkan kesan gam dengan cepat.

Namun apabila dicuba, lelaki tersebut terpaksa melumurkan garam beberapa kali diselangi dengan air sebelum dua jarinya benar-benar terpisah.

Muka dah mula panik

Dapat dilihat dari raut wajah lelaki tersebut yang sudah mula cuak apabila jarinya tidak dapat dipisahkan sehingga menyebabkan netizen yang melihatnya juga cuak.

Jangan panik

Ada juga netizen yang berseloroh nasib baik lelaki tersebut tak dikejarkan ke hospital sebab ada kes yang melekat teruk sangat sampai perlu dibedah.

“Pertama sekali jangan panik.”

“Panik tak tu, mesti panik kan. Nasib terbuka kalau tak ke hospital la jawabnya.”

“Nasib baik boleh lepas, kalau tak boleh tadi tah tahulah macam mana. Kena jumpa doktor bedah.”

komen mengenai tip tersebut

Netizen kongsi tip yang lebih menjadi

Di ruangan komen netizen berkongsi tip untuk hilangkan gamcap gajat tersebut. Ramai yang menyarankan untuk guna air suam, pembasmi kuman, atau guna minyak sahaja.

Salah seorang netizen turut berkongsi kisah terlekat gam cap gajah, akibat terlalu panik dia menggunakan pisau untuk membuang saki baki gam tersebut

Sebelum mencuba tip yang dikongsi di media sosial, pastikan ia terbukti menjadi dahulu. Bimbang juga malu di masuk hospital sebab cuba tip yang tidak menjadi.

Baca Juga: Muslimah bercuti dengan teman lelaki siap duduk sebilik lagi, netizen cakap syaitan pun keliru baca tip

Baca Juga: Nak burger padu macam tepi jalan, peniaga ini kongsi tips, yang penting renjis sikit bawang putih baru sedap!