Poligami itu diharuskan tapi anda perlu ingat anda perlu mampu untuk menanggung isteri sebelum memulakan hidup berpoligami dan bukannya mengharapkan ihsan orang luar untuk menampung kehidupan anda pula. Jangan bermimpi untuk kahwin dua kalau tak mampu nak menanggung anak orang.
Seorang lelaki memuat naik hantaran di Twitter KG (@kertasgraf) berkenaan seorang lelaki lain yang meminta sponsor daripada isteri dan adik beradik untuk menghalalkan wanita lain dan menggunakan agama sebagai alasan untuk meminta bantuan.
Pastinya remuk hati seorang isteri, sudahlah terpaksa berkongsi kasih, duit juga perlu dilaburkan untuk memenuhi nafsu si suami yang ingin hidup berpoligami.
Komen Netizen:
“Hahaha, si bongok ni, dia yang gataal nak celup-celup tapi orang lain yang kena sponsor. Salah satu syarat poligami adalah mampu. Hang tu tak mampu,” komen Huda.
“Salah satu syarat mesti waras. Tapi nampak gaya dah gila mabuk ketum ni. Tak sah nanti,” komen Isa.
“Pergh! Another level tunggang kau. Disebabkan k*** kau yang kebulur perempuan, siap main agama dan dengan tidak malunya minta duit banyak-banyak macam minta pinjam 50 sen nak beli kuih. Daripada kau share dalil itu ini, baik kau cari dalil poligami betul-betul,” komen Razzi.
“Dia tahu tak hukum nikah ada 5, salah 1 nya haram bernikah jika tidak berkemampuan. Kalau nak bernikah pun dah tak mampu, nafkah nak poligami tu rasanya lagi jauh dari mampu,” komen Fadh.
Kepada lelaki, kalau bab poligami saja terus dikatakan sunnah. Tapi ibadat lain yang Rasulullah SAW lakukan tidak pula diikuti hanya poligami menjadi penanda aras sunnah Rasulullah SAW.
Andai kata anda mampu menjaga kesemua isteri dan bersikap adil maka tidak ada masalah namun jika kahwin pun mahu disponsor isteri maka batalkan sahaja niat anda.
Baca Juga: ‘Aku dah lama merokok takde apa sakit pun’ – Perokok sejak sekolah menengah ini dah diserang kanser