Lelaki ini baru tahu dia ada bakat ‘luar biasa’ lepas sedar daripada koma

  • Post author:

Seorang lelaki di Britain menyedari memiliki bakat yang luar biasa selepas tersedar daripada koma.

Dia dikenal pasti memiliki kemahiran seni, pertukangan dan pembuatan model.

Asalnya, Moe Hunter, 38, dijangkiti sejenis meningitis bakteria dan tuberkulosis (tibi) yang jarang berlaku pada otaknya.

Selepas menjalani pembedahan otak dan koma selama lebih sebulan, dia tersedar dan hilang ingatan namun, mempunyai kemahiran yang belum pernah dimiliki sebelum ini.

Hunter mendapati dirinya mempunyai kebolehan baharu, termasuk bakat melukis, mewarna dan membina model walaupun tidak memiliki bakat seni ketika di sekolah.

Dia kini menggunakan kemahiran tersebut untuk memulakan kerjaya sebagai tukang kayu yang bekerja sendiri.

Bapa kepada seorang anak itu juga mula membina replika rumit daripada siri televisyen dan filem dan menjual karya seni tersebut selain mempamerkan lukisan watak adiwira seperti Loki dan Batman di konvensyen buku komik, Comic Con di seluruh Britain.

Hunter memenuhi rumahnya di bandar Hereford dengan hasil seninya termasuk model watak Scout Walker dan R2-D2 dari filem Star Wars serta robot Chappie dari filem dengan judul sama yang ditayangkan pada 2015.

Baca Juga: “I derhaka ke?” – Lelaki jijik dapat tahu ibu jual diri untuk besarkan anak

Baca Juga: Pecah masuk dan makan biskut yang baru dibakar, beruang comel jadi perhatian