Lelaki ini beri ‘tip’ kepada pekerja restoran, terkenang kerja dahulu

  • Post author:

Dalam rezeki kita, terselit rezeki orang lain. Ayat itu sering kita dengar dalam kehidupan seharian. Tidak semua orang mendapat kadar gaji yang sama, dan tidak semua berdepan dengan cabaran kerja yang sama.

Baru-baru ini, tular tindakan seorang lelaki yang juga pelanggan di sebuah restoran, meninggalkan ‘tip’ berjumlah RM20 kepada pekerja yang bakal mengemas mejanya.

Menurut lelaki berkenaan, dia sangat memahami erti penat lelah bekerja sebagai pelayan di restoran.

Menerusi video itu, lelaki itu menulis “10 tahun bekerja di coffee house hotel. Penat usah cerita dengan hadap perangai customer yang macam-macam.”

Apabila sesuatu itu tular, pastinya ruangan komen menjadi tumpuan warga maya.

Seorang netizen menyifatkan membahagiakan seseorang itu besar pahalanya.

Tidak kurang juga ada netizen di ruangan komen yang mendoakan agar lelaki tersebut dimurahkan rezeki.

Baca Juga: Akibat suka merokok, wanita ini buat menu istimewa ‘rokok celup tepung’ untuk pasangannya

Baca Juga: ‘Masuk showroom BMW berselipar jepun tak dilayan, lepas tabur RM100,000 tunai berebut salesman datang’