Lelaki ini bikin ‘gempar’, tunggang basikal bawa 9 anak

  • Post author:

Jika didengar, pasti ianya sesuatu yang sukar dipercayai, tetapi situasi ini betul-betul berlaku sehingga menyebabkan orang ramai berasa hairan.

Baru-baru ini seorang lelaki menjadi tumpuan masyarakat apabila dilihat menunggang basikal membawa sembilan anaknya.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Afrika dan rakaman video telah tular di media sosial.

Rakaman itu menunjukkan dua daripada kanak-kanak  berada di hadapan basikal, dan seorang duduk tepat di atas roda.

Malah, lelaki  berkenaan membawa dua kanak-kanak dalam pelukannya sambil menunggang basikal.

“Hari ini penduduk dunia mencecah 8 bilion, manusia seperti itu banyak menyumbang dalam pencapaian ini,” tulis seorang pengguna Twitter yang berkongsi video tersebut.

Susulan video tular itu, netizen menyifatkan tindakan itu sesuatu yang merbahaya kepada kanak-kanak.

Baca Juga: Trafik keluar kota masih sesak, rakyat bakal tunaikan tanggungjawab sebagai pengundi

Baca Juga: PRU-15: PH optimis mampu bentuk kerajaan di Perlis