Pemuda ini ‘cuba’ jadi mayat, tiba-tiba tanah timbus dia

  • Post author:

Pura-pura jadi mayat dalam sebuah kubur, tapi kena timbus tanah pula….

Itu pengalaman dilalui seorang pemuda dari Indonesia menerusi satu klip video yang tular di media sosial.

Dalam video itu, dapat dilihat seorang lelaki berbaju hitam, berseluar biru dan bertopi sedang berada di dalam sebuah kubur yang baru sahaja digali.

Lelaki itu berbaring di sisi kanan kubur seolah-olah dia telah meninggal dunia dan sedang ditanam.

Apa yang mengejutkan, setelah berada di posisi yang dimahukan, tanah kubur di sebelah kanannya runtuh lalu menimbusnya hidup-hidup. 

Nasib lelaki itu baik kerana tanah yang menimbusnya tidak terlalu banyak dan dia juga masih mampu keluar dari timbunan itu.

Video tersebut sememangnya mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Tak apa, anggap je itu sebagai latihan,”

“Haa belum sampai tarikh, dah nak tidur situ… kan dah mendapat..,”

Apa pun, tindakan lelaki ini secara tidak langsung mengingatkan kita kepada kematian.

Baca Juga: “Dia tak ada kerja” – Musa balas sindiran Sanusi, jangan sibuk hal politik Pulau Pinang

Baca Juga: Bayar jurugambar sampai RM1699, wanita kecewa gambar gegar pun masuk album