Lelaki ini nekad berhenti kerja sebab nak tengok World Cup Qatar katanya…

  • Post author:

‘Demam’ kejohanan berprestij bola sepak Piala Dunia yang sedang berlangsung sekarang ini sememangnya dirasai seluruh peminat sukan terkemuka itu.

Walaupun esok kerja, ada peminat yang sanggup bersengkang mata tak tidur sebab nak tengok aksi team favourite mereka beraksi.

Tetapi, ‘tindakan’ seorang lelaki ini berjaya membuktikan dia sebenarnya peminat sukan bola sepak.

Bukan bersengkang mata, tapi dia dilaporkan sanggup berhenti kerja semata-mata tidak mahu ketinggalan menonton semua perlawanan Piala Dunia Qatar 2022.

Menurut akhbar The Sun, Casey Boshop, 39, merupakan seorang penyokong kuat pasukan England, membuat keputusan itu kerana tidak mahu terlewat walaupun seminit untuk menonton pasukannya beraksi. 

“Saya akan berasa amat kecewa jika perlu memasuki pejabat (ketika perlawanan berlangsung).

“Saya peminat tegar bola sepak dan tidak dapat membayangkan bagaimana perasaannya jika tidak dapat menonton,” katanya.

Boshop sebelum ini bekerja di sebuah universiti di Newcastle, bagaimanapun dia sudah mendapat pekerjaan baharu yang akan bermula awal 2023.

Selepas menganggur, dia sering menghabiskan masa di rumah, zon peminat atau pub untuk menonton perlawanan Piala Dunia 2022.

Bagaimanapun Boshop berkata, dia enggan pergi ke Qatar untuk menonton acara sukan itu secara langsung kerana peraturan yang melarang pengambilan arak sepanjang Piala Dunia berlangsung.

Baca Juga: [VIDEO] Penonton bersorak bukan sebab bola masuk gol, tapi…

Baca Juga: [VIDEO] Junjung motosikal ke atas, kekuatan lelaki ini buat netizen kagum