Lelaki ini tersekat dalam paip pembentung, apa kesudahannya?

  • Post author:

Sekarang ini kita dengar macam-macam benda pelik terjadi yang kadang-kadang membuatkan kita terfikir macam mana ia boleh berlaku.

Daripada bayi, kanak-kanak, orang dewasa sampailah ke orang tua, ada saja perkara aneh yang terjadi kepada mereka.

Macam seorang lelaki di Russia ini, dia mengalami detik cemas apabila tersekat di dalam sebatang paip pembetung selebar 30 sentimeter selepas memanjat masuk ke dalamnya tanpa sebab yang logik.

Media melaporkan, anggota penyelamat terpaksa mengambil masa selama tujuh jam untuk mengeluarkan Evgeny Titov, 21, dari paip pembetung itu di sebuah tempat letak kereta di Lapangan Terbang Pulkovo, Saint Petersburg.

Titov melakukan perjalanan ke Saint Petersburg untuk melawat seorang rakan, tetapi mendakwa bahawa dia tidak ingat bagaimana boleh masuk ke dalam paip itu.

Dia merangkak sejauh 12 meter (m) di sepanjang pembetung sebelum tersekat dan terpaksa meminta bantuan.

Operasi menyelamatkan mangsa melibatkan pemotongan tar, menggali lubang sedalam 6m dan membuka paip pembetung untuk membebaskan Titov yang tidak berbaju.

Dia dibawa ke unit rawatan rapi sebuah hospital tempatan untuk dirawat akibat hipotermia dan kemudian dipindahkan ke jabatan lain.

Agensi penguatkuasaan undang-undang percaya Titov mabuk ketika kejadian namun, dia menafikan perkara itu.

Media tempatan melaporkan bahawa Titov mungkin perlu bertanggungjawab dari segi kos atas segala kerosakan yang ditimbulkan oleh tindakannya.

Baca Juga: Jalan tar hampir 400 meter di hadapan rumah menantu Jokowi diturap menjelang perkahwinan

Baca Juga: Power! Remaja ni berjaya susun 6,931 kiub rubik hanya dalam masa 24 jam