Lelaki ini tewas selepas ‘bersahabat’ berpuluh tahun dengan ular, pernah kata dia pasrah kalau kena patuk binatang berbisa itu

  • Post author:

Setiap apa yang kita buat dalam hidup ini, pasti ada risikonya yang perlu ditanggung di kemudian hari.

Itu yang terjadi kepada seorang lelaki berusia 49 tahun dari Trenggalek, Jawa Timur, Indonesia yang meninggal dunia selepas dipatuk dua ekor tedung selar peliharaannya, baru-baru ini.

Sejak berpuluh tahun lalu, Imam Rokhani dianggap pakar menjinakkan ular tedung selar.

Bagaimanapun, haiwan itu dilaporkan mematuk Imam ketika dia mahu menggantikan air di dalam sangkar peliharaan.

Sebelum ini, Imam juga pernah dipatuk ular dan mengalami kecacatan kekal pada tangannya, sekali gus menyebabkan dia mengambil keputusan untuk berehat.

Rakannya, Puji Setiawan berkata, Imam memelihara reptilia itu yang ditemukan di sebuah kebun.

Katanya, ular berkenaan kemudiannya terus membesar sehingga panjangnya mencecah lima meter.

Sepanjang tempoh dipelihara, ular itu akan diberi makanan, iaitu haiwan yang saiznya jauh lebih kecil.

Dua ekor tedung selar itu akan diberi makan pada waktu malam dan saya menjadi orang terakhir memberi haiwan peliharaan makan sebelum ini.

“Namun, tiada sebarang tindak balas ganjil sepanjang proses itu dibuat.

Apa yang menyentuh hati, Puji berkata, rakannya itu pernah menyatakan bahawa dia pasrah sekiranya meninggal dunia kerana dipatuk ular.

Baca Juga: Monyet ini berkali-kali kejut mayat tuannya buat netizen sebak

Baca Juga: “Baru semalam saya duduk menghadap emak, masakkannya makan,” – Abby Abadi