Bunyi letupan yang kuat menyebabkan seorang wanita curiga dengan apa yang berlaku di luar rumahnya, dia mengaku terkejut melihat dua orang lelaki melepaskan tembakan pada keretanya dan melarikan diri selepas gagal melepaskan tembakan pada pintu rumah.
Kejadia tersebut belaku di sebuah kawasan perumahan di Sitiawan, Manjung, di mana wanita tersebut tinggal bersama suami dan dua anaknya lapor Harian Metro.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri, berkata insiden tembak itu bagaimanapun tidak mengakibatkan kecederaan atau kehilangan nyawa namun menyebabkan kerosakan pada cermin kereta dimiliki keluarga itu yang diletakkan di kawasan rumah berkenaan.
“Hasil pemeriksaan dijalankan Bahagian Forensik (D10) Jabatan Siasatan Jenayah Perak mendapati terdapat kesan lubang pada bahagian cermin belakang kereta berkenaan dipercayai akibat terkena tembakan selain menemukan kelongsong peluru di tempat kejadian.
“Kepala peluru dijumpai di kawasan bonet belakang kenderaan terbabit,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Beliau berkata pemeriksaan pada kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran kawasan kejadian mendapati dua lelaki bermotosikal jenis Yamaha Y15 tanpa nombor pendaftaran melepaskan satu das tembakan yang mengenai kereta mangsa.
Mohd Yusri berkata, motif kejadian masih disiasat dengan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
Baca Juga: Dibiarkan keseorangan, kanak-kanak hampir terjatuh eskalator sebelum diselamatkan
Baca Juga: Bukan semua biji boleh keluarkan buah – Ini tips nak semai anak betik