Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan, sebelum terbalik di Kilometer 86.6 Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara, Ayer Hitam semalam.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Ramli Said memberitahu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.19 tengah malam.
Susulan itu beliau berkata, seramai enam anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian.
“Kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Wira. Mangsa yang merupakan seorang lelaki, R Karthig berusia 37 Tahun didapati tersepit di bahagian pemandu.
“PGO Negeri Johor PKO bertindak menggunakan ‘rescue cutter’ bagi mengeluarkan mangsa.
“Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir,” katanya.
Beliau memaklumkan perkara itu menerusi satu kenyataan hari ini.
Baca Juga: Netizen kagum kecekapan pemandu bas, ‘power driver’ dia!
Baca Juga: RM291.4 juta peruntukan untuk bomba naik taraf fasiliti, tambah aset