Lelaki sanggup berbaring 60 jam semata-mata mahu menang wang RM1,566

  • Post author:

Seorang lelaki sanggup tak bergerak selama 60 jam untuk menjuarai pertandingan berbaring paling lama. Zarko Pejanovic dari kampung Brezna, Montenegro menewaskan sembilan peserta lain dengan berbaring lurus tanpa beralih.

Pertandingan unik itu dikenali sebagai Kejohanan Berbaring ke-12 yang berlangsung di sebuah taman rekreasi tempatan lapor laman berita Oddity Central.

“Ini bukan cabaran yang sukar. Percayalah, saya tidak perlu memanaskan badan sebelum bermula,” kata Pejanovic.

Setiap peserta dibenarkan membawa barangan peribadi bagi mengelakkan mereka daripada bosan semasa berbaring. Mereka juga dibenarkan pergi ke tandas setiap lapan jam sebelum kembali meneruskan cabaran sehingga juara berjaya ditemui.

Kejohanan Berbaring telah dicipta oleh seorang lelaki bernama Radoje Blagojevic untuk mempersendakan stereotaip bahawa penduduk Montenegro adalah pemalas.

Bagi edisi tahun ini, Pejanovic membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$350 (RM1,566), makan tengah hari percuma untuk dua orang di restoran, penginapan hujung minggu di perkampungan etnik Montenegro dan pengalaman berakit. – Agensi

Baca Juga: Pemanasan global bukan main-main, ais kian cair, Eropah dilanda kemarau terburuk dalam lima abad

Baca Juga: Tular gambar ustazah Asma dengan Nurul Zahid, netizen pakat kata ‘ok faham dah’