PHOTO: AFP/GETTY

Lelaki terkotor di dunia meninggal dunia di usia 92 tahun, anda pasti terkejut dengan sebab kematian

Siapa menyangka lelaki Iran yang mendapat gelaran ‘lelaki terkotor di dunia’ akhirnya meninggal hanya disebabkan dia membuat keputusan untuk mandi. Dia dikatakan jatuh sakit akibat mandi selepas 60 tahun hidup dalam kekotoran.

Media tempatan melaporkan, Amou Haji, 94, meninggal dunia pada 23 Oktober lalu di Dejgah di wilayah Fars. Amou yang tubuhnya dipenuhi dengan kekotoran, tinggal di sebuah pondok arang batu.

Dia dilaporkan tidak pernah mandi dengan air atau sabun selama lebih 60 tahun. Penduduk kampung turut memaklumkan Amou mengalami masalah kemurungan ketika muda hingga menyebabkan dia enggan mandi.

Pada 2014, The Tehran Times melaporkan, Amou mamakan bangkai haiwan yang mati tepi jalan dan percaya bahawa kebersihan akan membuatnya jatuh sakit.

Namun, sejak beberapa bulan lalu, penduduk setempat memujuknya supaya mandi buat pertama kali. Seperti kepercayaannya, mandi buatnya jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia.

Baca Juga: Helikopter bawa pegawai perubatan terhempas, 6 mangsa selamat, seorang patah tulang paha

Baca Juga: Tindakan dilakukan dua rider ini kepada warga emas, buat netizen nak mengalir air mata