Perubahan teknologi telah memberikan kesan dalam kehidupan manusia terutamanya pada zaman sekarang.
Manusia dilihat sibuk dengan gajet atau telefon bimbit masing-masing kerana daripada situ, sesetengah urusan boleh diselesaikan.
Bagaimanapun, dalam kita menggunakan teknologi, kita juga perlu berhati-hati agar tidak ‘kecewa’ di kemudian hari.
Baru-baru, dilaporkan seorang penumpang hampir berputih mata apabila tersilap membayar lebih ‘1,000 kali ganda’ harga tambang teksi yang dinaikinya.
Ia berlaku ketika membuat pembayaran dibuat secara dalam talian oleh lelaki berkenaan.
Ketika tergesa-gesa memindahkan wang kepada pemandu teksi menggunakan telefon bimbit, penumpang itu secara tidak sengaja membayar sebanyak 253,303 baht (RM31,593) untuk tambang yang hanya berharga 253 baht (RM31.55).
Menurut portal The Thaiger, penumpang itu dilaporkan menggunakan khidmat teksi untuk perjalanan ke Phahonyothin dan dijemput oleh pemandu, Thanasorn Thongdee.
Penumpang tersebut hanya menyedari perkara itu pada keesokan hari ketika menyemak baki akaun banknya.
Penumpang itu kemudiannya menelefon talian kecemasan trafik dan turut meminta bantuan sebuah stesen radio tempatan yang terkenal dengan kecekapan membantu pemanggil mencari barang yang hilang.
Lelaki itu bernasib baik apabila stesen radio tersebut berjaya mengesan Thanasorn melalui butiran lebihan bayaran yang tidak disengajakan itu.
Lelaki tersebut bertuah apabila Thanasorn sememangnya mempunyai sifat baik dan sering memulangkan barangan yang tertinggal di dalam teksinya termasuk mata wang dari pelbagai negara.
Baca Juga: Wah! Ingatkan naik motor je pakai topi, jawab periksa pun pakai topi
Baca Juga: Pastikan pengundi 18 tahun keluar mengundi, undian penting untuk masa depan negara