Lepas gaji penjawat awam, BKM Fasa 4 pun dapat sebelum mengundi

  • Post author:

Baru sahaja diumumkan penjawat awam dan pesara kerajaan bakal dapat gaji awal, kini bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 4 pula diawalkan kepada 15 November depan.

Kenyataan in dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Pembayaran bernilai RM2.1 bilion itu bakal memanfaatkan seramai 5.2 juta penerima yang terdiri daripada penerima sedia ada kategori isi rumah dan warga emas, bujang serta yang tiada pasangan.

“Secara keseluruhannya, sebanyak RM8 bilion telah diperuntukkan untuk BKM yang memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima bagi tahun 2022.

“Untuk BKM Fasa 4 pula, setiap penerima bakal menerima sehingga RM900 mengikut kategori kelayakan masing-masing dan ia merupakan bayaran akhir baki nilai yang sepatutnya diterima pada tahun ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi alasan banjir untuk bantuan awal

Menurut Ismail Sabri, keputusan mempercepatkan pembayaran BKM Fasa 4 daripada Disember 2022 kepada November 2022 adalah bagi membantu penerima untuk menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula pada pertengahan bulan ini.

“Semakan status pembayaran boleh dibuat mulai 15 November ini dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran boleh dirujuk di portal rasmi BKM melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my,” ujar beliau.

Baca Juga: Kereta Ferrari F1 Schumacher dijual pada harga RM69.7 juta

Baca Juga: ‘Kereta Batman’ kena handle basikal budak – Ini reaksi usahawan burger