Lepas habis bayar pinjaman kereta wajib buat ini, jika tidak, selamanya kenderaan anda jadi milik bank

  • Post author:

Untuk mereka yang baru sahaja selesai melangsaikan segala pinjaman kereta dan motor, anda perlu tahu langkah seterusnya yang perlu dibuat bagi memastikan andalah pemilik geran kenderaan dan bukannya orang lain.

Seperti yang dijelaskan seorang pemilik akaun Nadia Izzati, ketika ini kenderaan anda merupakan hak milik bank yang memberi pinjaman kewangan, yang bermaksud kenderaan itu belum lagi sepenuhnya menjadi milik anda.

Justeru, pembatalan nama perlu dilakukan. Bagi mendapatkan hak anda sebagai pemilik kenderaan terbabit, langkah penting adalah dengan menghapuskan status hak milik dari bank kepada hak milik anda secara mutlak.

Bagaimana mahu hapuskan nama bank kepada nama anda? Di sini kami kongsikan langkah-langkah penuh yang dimuatnaik oleh Nadia Izzati di Facebook.

Sudah habis bayar loan kereta dan motosikal ?

Cuba lihat pada bahagian bawah geran kenderaan anda. Nampak tak ada satu ayat yang tertera bahawa hak milik kenderaan tersebut dituntut oleh nank pinjaman anda??

Soalan: Apa yang perlu anda lakukan sekarang ?

Jawapan: Anda perlu batalkan nama bank pinjaman itu dengan E-Batal.

Maksud E-Batal adalah kenderaan tersebut masih menjadi hak milik bank atau pemberi pinjaman kewangan. Jadi, kenderaan tersebut bukanlah hak milik anda sepenuhnya lagi.

Bagi mendapatkan hak anda sebagai pemilik kenderaan terbabit, langkah penting adalah dengan menghapuskan status hak milik dari pemiutang kepada hak milik anda secara mutlak.

Urusan menyelesaikan hak milik dari pemberi pinjaman dipanggil E-Batal.

Syarat utama untuk E-Batal adalah bayaran pinjaman hendaklah sudah habis dibayar sepenuhnya.

Cara-caranya:

1) Selesai sahaja pembayaran terakhir, anda akan diberikan geran asal oleh syarikat kereta yang anda berurusan.

2) Pastikan dan dapatkan surat pelepasan dari bank peminjam untuk meneruskan prosedur pembatalan ini. Namun, lebih baik lagi jika surat pelepasan tersebut terus mereka hantarkan kepada JPJ.

Kerap bertanya kepada bank peminjam sama ada surat pelepasan sudah dikeluarkan dan telah dihantar ke JPJ ataupun tidak. Jika sudah dihantar, terus ke cawangan JPJ berhampiran tempat tinggal anda.

3) Kemudian, anda perlu hadir ke cawangan JPJ berhampiran untuk mematikan atau membatalkan hak milik bank peminjam itu. Tujuan ini adalah untuk mengeluarkan nama bank daripada geran asal kenderaan tersebut.

4) Di cawangan JPJ tersebut juga, jangan lupa untuk pastikan terdapatnya cop E-Batal pada geran kenderaan anda mengikut prosedur mereka. Jangan risau, proses mengecop E-Batal bukanlah perkara yang rumit. Selepas geran tersebut telah dicop, kereta tersebut telah menjadi milik anda sepenuhnya. Senang kan?

Mungkin imej teks yang berkata 'Kadar Lesen Kenderaan Motor :6bulan 6 bulan RM35.00 12 bulan RM70.00 Tandatangan Pemunya Berdaftar Perakua oleh Per PEMASANGAN TEMPATAN HAKMILI DIBATALKAN UNTUK KEGUNAAN PEJ UPSISTEMR FIST 028317201 REDMI NOTE9 PRO ΙΖΖΑΤΙ SHAKLEE NOTA PENTING'

Kesimpulannya, prosedur selesaikan E-Batal di JPJ amat mudah sebenarnya. Ramai yang masih belum mengetahui perkara yang perlu dilakukan selepas habis bayar pinjaman kereta.

Ada juga sehingga bertahun-tahun masih tidak membatalkan lagi hak milik itu jadi, bagi anda yang masih belum batalkan hak milik kereta, sila berbuat sedemikian untuk memudahkan urusan anda di kemudian hari.

Apa kata anda?