Lepas ini kalau nak karaoke di Kelantan, pastikan tutup aurat dengan sempurna

  • Post author:

Dua wanita dikenakan kompaun ketika sedang karaoke di sebuah premis di Pengkalan Chepa hanya kerana tidak menutup aurat. Umum sedia maklum kerajaan negeri Kelantan mementingkan rakyatnya untuk menutup aurat dengan sempurna.

Istilah berpakaian tidak menutup aurat seperti ditakrifkan JAHEIK adalah memakai pakaian yang seksi, ketat dan menampakkan susuk tubuh serta tidak bertudung atau memakai baju lengan pendek dan seluar pendek.

Mengikut Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan berkaitan Seksyen 5 (1) iaitu melakukan perbuatan tidak sopan boleh membawa hukuman denda RM1,000 atau penjara enam bulan.

Serbuan tersebut dijalankan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheaik) itu turut merampas dan menyita set karaoke selepas didapati beroperasi secara haram.

Yang Dipertua MPKB-BRI, Rosnazli Amin berkata, selain itu, sebanyak 400 botol cecair vape pelbagai perisa dan 30 pod turut dirampas di premis tersebut.

Baca Juga: Bahana aksi di parti liar tersebar, PM Finland jalani ujian saringan dadah selepas didesak pembangkang

Baca juga: Dunia gelap, murung, hilang semangat nak hidup, luah seorang lagi mangsa penipuan scammer lesap RM163K