Letak kaki atas kerusi masa tonton wayang, wanita dikecam tiada adab

Tidak kisahlah sekosong mana sekalipun panggung wayang itu, jagalah adab dan jangan buat macam anda menonton cerita di rumah, Tindakan sekumpulan wanita yang meletakkan kaki di kerusi hadapan mereka menaikkan kemarahan netizen.

Gambar yang dikongsi di laman Facebook Himpunan Cerita Lawak itu telah menunjukkan sekumpulan wanita yang dengan selamba meletakkan kaki di atas bahagian atas kerusi di hadapan mereka, tidak tahu bila ini terjadi, panggung tersebut juga kelihatan seperti tidak ada banyak pengunjung.

Gambar itu diambil dari sisi, kemungkinan orang awam yang datang menonton wayang atau mungkin disebarkan oleh rakan mereka sendiri mengenai sikap yang tak sopan itu.

angkat kaki tinggi

Netizen mula berkongsi pengalaman berhadapan dengan situasi yang tak enak ketika menonton wayang.

angkat kaki tinggi

angkat kaki tinggi
angkat kaki tinggi

Inilah kenapa adab itu sangatpenting, tambahan lagi bila berada di kawasan terbuka. Jangan kerana anda tak ditegur bermakna apa yang anda lakukan itu tidak salah. Jangan sampai orang rasa tak selesa dengan kita sudahlah.

Baca Juga: Terima komen negatif juri, Tomok tak salahkan Bob bagi lagu susah

Baca Juga: Elok terima motosikal Ysuku, tiba-tiba suami muncul nafi berpisah dengan wanita FoodPanda dikatakan ibu tunggal