Disertai hanya dua pasukan bola sepak, liga ini diiktiraf terkecil di dunia

  • Post author:

Sukan bola sepak adalah antara sukan yang paling diminati ramai tak kira sama ada dalam atau pun di luar negara.

Biasanya kita akan tengok banyak pasukan bertanding dalam sesuatu liga atau kejohanan, tetapi kali ini hanya dua pasukan terlibat.

Baru-baru ini, Liga Bola Sepak Isles of Scilly diiktiraf sebagai liga rasmi terkecil di dunia yang disertai hanya dua pasukan.

Portal Oddity Central melaporkan, dua pasukan itu berlawan antara satu sama lain, 17 kali dalam satu musim.

Isles of Scilly adalah sebuah kepulauan dengan lebih 140 pulau di hujung barat daya Cornwall.

Seperti kebanyakan wilayah lain di England, pulau itu mempunyai liga bola sepak tersendiri, tetapi apa yang membezakannya adalah saiz liga terdiri dengan hanya dua pasukan, Garrison Gunners dan Woolpack Wanderers.

Ia berlawan antara satu sama lain setiap hujung minggu, ketika musim dan permainan tradisional ‘Old Men versus the Youngsters’ pada Boxing Day.

Pemain tempatan, Will Leathbridge berkata, perlawanan sentiasa kompetitif dan semua orang memberikan yang terbaik.

“Ia adalah liga unik, tetapi itulah sifat Isles of Scilly,” katanya.

Menurutnya, pada permulaan setiap musim, mereka mencampurkan ahli pasukan untuk menjadikannya lebih menarik supaya pemain melawan orang yang berbeza.

“Pemain dibahagikan kepada (pemain) beberapa posisi dan kemudian pilihan alternatif akan diputuskan oleh kapten,” katanya lagi.

Tetapi bukankah bermain menentang pasukan yang sama setiap hujung minggu begitu membosankan selepas beberapa ketika?

Namun, bagi pemain dalam Liga Bola Sepak Isles of Scilly, kehidupan tanpa bola sepak lebih membosankan.

Menariknya, kedua-dua Garrison Gunners dan Woolpack Wanderers hanya bergantung kepada penduduk pulau St Mary untuk pengambilan pemain.

Namun, usaha itu semakin sukar setiap tahun kerana anak muda di pulau itu terus pergi untuk mencari prospek yang lebih baik di tanah besar.

Baca Juga: Power! Remaja ni berjaya susun 6,931 kiub rubik hanya dalam masa 24 jam

Baca Juga: Kereta kancil terbabas di LPT, hanya kanak-kanak terselamat